Menu
Stesen ERL klia2 PengangkutanBangunan Terminal Utama dan Terminal Satelit KLIA dihubungkan dengan Aerotren (KLIA Automated People Mover) yang beroperasi dalam kekerapan 3 hingga 5 minit. Tren tiga gerabak tanpa pemandu ini bergerak di atas landasan yang ditinggikan dan juga dibawah laluan teksi pesawat. Perjalanan antara kedua-dua terminal mengambil masa lebih kurang dua minit, dan setiap tren yang boleh memuatkan 250 penumpang dalam satu masa mampu membawa seramai 3,000 penumpang sejam pada kelajuan maksimum 56 km/h (35 mph). Tren ini merupakan satu-satunya pengangkutan untuk penumpang keluar dan masuk dari terminal satelit.
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dihubungkan dengan hab pengangkutan KL Sentral di pusat bandar melalui Express Rail Link (ERL) sepanjang 57 km (35 bt). Terdapat dua stesen ERL di lapangan terbang ini: Stesen ERL KLIA di Bagunan Terminal Utama dan stesen klia2 di Gateway@klia2. Terdapat dua perkhidmatan tren ERL di lapangan terbang ini:
Perkhidmatan teksi dan limosin lapangan terbang disediakan oleh Airport Limo. Perkhidmatan teksi dan limosin ini boleh didapati di kaunter Teksi dan Limosin. Perkhidmatan ini disediakan dari lapangan terbang ke pelbagai destinasi di Lembah Kelang dan seluruh Semenanjung Malaysia. Tambang harus dibayar di kaunter dan jumlah bayaran ditentukan berdasarkan zon destinasi. Caj tambahan dikenakan untuk perkhidmatan antara jam 12.00 tengah malam dan 6.00 pagi. Para penumpang dinasihatkan melihat Fare Table untuk maklumat lanjut berkenaan dengan caj.
Menu
Stesen ERL klia2 PengangkutanBerkaitan
Stesen Stesen Kajang Stesen kereta api Central, Sydney Stesen Pasar Seni Stesen Angkasa Mir Stesen minyak Stesen Sungai Buloh Stesen Keretapi Kuala Lumpur Stesen Televisyen Bandar Ho Chi Minh Stesen MRT SurianRujukan
WikiPedia: Stesen ERL klia2